Bulan ni bulan ke-6 aku mengandungkan permata hatiku yang pertama. Perasaan gembira tidak terkata kerana dalam masa 3 bulan lagi insyaallah aku bakal menjadi seorang ibu. Memang tidak di nafikan, perubahan hormon ketika mengandung akan dirasai oleh setiap ibu yang mengandung.
Pada bulan pertama hingga bulan ke-4 aku mula berasa loya, pening dan tidak selesa expecially ketika bangun dari tido..morning sickness la katakan.. nak pergi kerja pon memang malas sangat sebab setiap kali bangun jer dari tido dah mula rasa nak muntah dan badan terasa lemah sangat tapi aku terpaksa kuatkan semangat. Ketika ni, memang terasa malas sangat nak pergi kerja.. Mungkin bagi sesetengah ibu yang mengandung tidak mengalami alahan bergantung pada hormon individu itu sendiri, tapi sewaktu awal kehamilanku, aku mula tiada selera makan, tak boleh bau minyak rambut suamiku, nak ber-makeup lagi la..aku rasa rimas sangat dengan alat-alat makeup bila di calit pada wajahku. Badan juga tak bermaya dan rasa panas setiap masa.. Radio? Aduh..memang tak boleh dengar lagu yang rancak2 dan kuat..rasa bingit sampai ke otak. Bila husband aku mula jer onn radio, awal2 lagi aku dah slow kan volume radio tu..pening rasanyer..dala dengan jalan yang sesak..kereta lalu lalang.. semua tu buat aku rasa nak muntah. Sepanjang awal kehamilan, aku tak pernah drive seperti kebiasaan kerana kesesakan traffic membuatkan kepalaku pening dan seringkali muntah di dalam perjalanan..nasib baikla husband dan kedua ibu bapaku menghantar dan mengambilku pulang dari tempat kerja..
Setibanya di pejabat pada ketika itu, huh..kepalaku berasa pening sekali..expecially bila mengadap PC.. Ya Allah rasa nak pitam.. Bila time lunch jer..aku pergi ke surau, sebab badan ni memang rasa nak baring dan rasa nak tido jer..even sakit badan bila tido atas lantai tapi rasa bersyukur sangat bila dapat luruskan badan.. Minyak angin memang sentiasa di tangan, bila rasa loya jer..cepat2 sapu kat hidung dan kepala..huhu. Ye lar..tak sampai beberapa jam, aku dah rasa nak muntah. Bila nak makan pon rasa macam nak muntah, kepala berdenyut2 expecially bila tempat tu panas, memang tak de mood langsung..haha.. Boleh di katakan sehari tu, lebih dari 10x la aku ke tandas. Tak tahan rasanya..
Alhamdulillah semuanya masih terkawal..tanpa dorongan suami dan kedua ibu bapaku mungkin aku tak boleh pergi ke pejabat atau ke mana2. Perasaan itu hanya boleh di rasai oleh orang yang memahami dan merasai sahaja betapa sukarnye alahan yang di alami oleh ibu-ibu mengandung. Tapi sekarang tidak lagi, bayi di dalam kandunganku semakin membesar dan alhamdulillah semua alah2 yang aku hadapi sebelum ini kembali pulih.
Pada Trimister ke-2 ni, aku da mula survey barang2 baby. Rambang mata pulak bila melihat barang2 baby. Semua cantik2..tapi barang baby lagi mahal dari barang keperluan kita. Kebanyakan barang yang aku beli berwarna selain daripada colour pink sebab aku masih tak tau jantina bayiku ini. Setiap kali pergi shopping mall mesti singgah Jusco dengan kedai baby. Suka sangat pergi kedai baby..cute sangat.. :). Dalam pada tu juga, aku perlu mencari pakaian mengandung..maklum la..seluar dan pakaian lame dah mula terasa ketat.. Ada juga yang masih boleh di pakai tetapi agak ketat sedikit..kesian plak baby aku nie nanti tersepit pulak..hehe.
Bulan ke-6 ni, aku rase nak makan nasi lemak jer, pastu dengan air vitagen. Kadang2 rase nak makan fish n chip la, spaghetti la.. char keuy teow la..haha.. Ada2 je la aku nie.. Nasib baik aku tak minta yang pelik2 kat husband aku..haha. Sekarang ni berat badan dah semakin naik, muke pon dah berisi..kaki jangan cakapla..dah nampak macam ayam..kihkihkih... tapi ok la..tak dela nampak besar sangat masih boleh di maafkan..hehe. Harap2 lepas bersalin ni, badan boleh maintain balik..huhuh..kene jaga ni, kalo tak bahaya untuk aku...maklum la..kena jaga untuk suami dan diri kita juga :)
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment