Every months aku akan ke klinik Dr. Rodziah untuk medical checkup. Bulan ini kandunganku telah masuk bulan yang ke-7, tinggal lagi 2 bulan sahaja aku akan bergelar ibu. Jadi semalam aku hanya berkerja separuh hari untuk membuat pemeriksaan lanjut. Balik je dari office aku terus ke klinik bersama suamiku. Sama seperti biase, Doktor Nasaruddin akan memeriksa tekanan darah dan timbang berat badanku. Tekanan darahku ok, berat badanku pula naik 3 kg dari bulan sebelumnya iaitu 57kg kepada 60kg.
Selapas itu, doktor akan suruh aku berbaring untuk scan bayi dalam kandunganku. Pada mulanya aku masih tidak nampak status jantina bayiku kerana setiap kali scan bayiku ini selalu berada di posisi mengiring jadi agak sukar untuk mengesan jantina bayi. Setelah beberapa kali doktor mencari di setiap bahagian perutku, akhirnya... "Ha..da nampak da, baby awak lelaki", kata doktor Nasaruddin. Dapat juga aku ketahui apakah jantina bayiku ini..hehe. Jadi bolehlah aku membeli barang keperluan bayi selapas ni..tak sabar rasenya menanti saat kelahiran bayi pertamaku ini..tapi takut pon ade jugak..huhu.
Setelah di periksa, alhamdulillah keadaanku dan bayi dalam keadaan sihat. Aku berharap, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Masuk sahaja bulan ke-7, pemeriksaan akan di buat setiap 2 minggu, jadi selepas ini sehinggalah waktu melahirkan aku perlu membuat pemeriksaan dengan lebih kerap lagi bagi memastikan bayi dalam keadaan baik. Doktor bertanyakan padaku di manakah hospital yang bakal aku pergi untuk bersalin nanti bagi memudahkan doktor menghantar report bulanan aku kepada doktor di hospital nanti . Aku tak pasti samada di SMC, atau DEMC..hurm...akanku fikir2kan nanti bersama suamiku..yang penting semua selamat, tue je yg aku mahukan.. amin..
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment