Alhamdulillah..tinggal sebulan sahaja lagi aku akan melahirkan bayiku yang pertama. Berdebar rasanyer jantung ni bila mengenangkan hari yang semakin hampir tiba. Walau bagaimanapun, perasaan gembira juga tak dapat nak di gambarkan, kerana ini merupakan pengalaman yang mungkin tak akan aku lupakan. Pemberiaan yang paling berharga sepanjang hidupku ini. Aku berdoa semoga aku selamat melahirkan dan semoga bayiku berada dalam keadaan sihat.
Pada bulan ke-8 ni, segalanya sama seperti bulan sebelumnya cuma keadaanku yang semakin sarat dan semakin letih untuk bergerak ke sana ke mari tetapi aku masih lagi berdegil untuk berjalan2 kerana terasa amat bosan apabila duduk sahaja di rumah. Lagi pon orang kata kalau nak senang beranak perlu banyak bergerak(..amin..). Apabila suamiku cuti jer, aku mengajaknya pergi ke shopping complex tapi bila dah mula menjejakkan kaki di situ kakiku mula terasa sakit dan tidak mampu untuk berdiri di satu tempat terlalu lama. Kakiku perlu sentiasa bergerak untuk mengurangkan rasa sakit. Perutku pula seringkali mengeras, jadi terpaksa la aku berjalan perlahan2..kesian suamiku, terpaksa la menunggu dan memegang tanganku ke sana ke mari. hihi. Tq my dear..i'm very appreciate dengan kesabaran yang kau berikan padaku.
Semakin hari perutku semakin membesar dan terasa senak apabila bayiku menggerak2kan badannya, kadangkala terasa senak dan sengal di bahagian atas dan bahagian kanan tepi perutku ni..huhu. (Hurm..bayiku ini suka duduk di bahagian kanan perut, masa baring pon sama setiap kali aku mengiring ke kanan mesti bayiku bergerak2 seolah2 terhimpit..hehe) Tulang belikat di bahagian kanan aku ni pon masih juga tak hilang2 sakitnya, setiap malam suamiku perlu mengurut di bahagian tu..rasenyer berdenyut2 sampai ke jari tangan. Huh..Tak sabar rasanyer nak kembali pada keadaan sediakala..pengalaman mengandung bermacam2 ragam. Lain orang lain rasenyer..Apa boleh buat, tu la namanyer orang mengandung..perlu melalui semua ini. Tapi aku berasa amat bahagia kerana pada saat ini sahaja aku dapat merasai pengorbanan seorang ibu.
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
semoga semuanya selamat dira -afiq@dahxbapenakgarang ;)
hahaha..thank afiq@dahxbapenakgarang..
aku doakan kau plak kawen pasni ok :)
Post a Comment