Pada hujung minggu lepas, aku & husband membersihkan bilik untuk baby ku yang bakal lahir nanti. After breakfast, kami mula memikirkan bagaimana hiasan dan warna yang sesuai bagi bilik baby. Setelah berbincang, kami decide untuk memilih warna "sky blue" dan "putih" untuk tema warna dinding bilik. Suamiku bersama 2 adikku mula membancuh cat dan meletakkan suratkhabar di lantai. Sebelum itu, aku mula menyiapkan awan kertas untuk di tampal di dinding nanti.
Bermula jam 1130 pagi, kami mula mengalihkan katil, almari dll ke tepi agar mudah untuk mengecat. Habuk tak payah cerita, memang banyak sangat, maklum la, da berapa lama bilik tu tak di kemaskan..hehe.
Awan2 yang telah siap di potong tadi, di tampal di atas dinding bagi menambah decoration pada dinding bilik. Kemudian baru suamiku mula mengecat bilik. Cat yang di buka dah mula berbau, jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu, kerana ianya tidak baik untuk baby dalam kandungan.
Kira2 3 jam selepas itu, baru selesai mengecat. Aku perlu menunggu sehingga kering untuk mengalihkan segala perabot.
Setelah cat pon kering, aku mula meletakkan perabot2 di bahagian yang bersesuaian agar kelihatan lebih menarik. Keadaan bilik dah mula teratur kembali, cuma lantai perlu di sapu dan di mop supaya tiada kesan2 cat dan habuk.
Yeahhh..akhirnya bilik untuk baby ku sudah siap di kemas.. lepas ni tinggal masukkan baby cot saja dalam bilik..hehe. Jadi tak ade la aku risau lagi, kerana hari pon da makin dekat..takut tak sempat pulak aku nak kemaskan bilik nanti..tau2 da beranak..hehe. Alhamdulillah semua da selesai, cuma menunggu hari sahaja.. Amin.
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment