Pada pagi sabtu itu, aku pergi ke DEMC hospital untuk medical checkup seperti kebiasaan.. Kesian melihat suamiku yang begitu letih kerana baru sahaja pulang dari tempat kerja. Dah la ramai..aduh..malasnyer nak tunggu..huhuh.. ni kali pertama aku pergi membuat pemeriksaan baby di DEMC kerana aku perlu membuat sekurang2nya 2x checkup di hospital ini untuk membolehkan aku mendapat pakej bersalin yang di sediakan oleh pihak hospital.
Aku tiba di hospital jam 10 pagi. Lepas tu aku dan suami pergi ke tingkat 1 menaiki tangga.. kelihatan ramai pesakit yang sedang menunggu giliran. Aku pon pergi mendaftar untuk mendapatkan angka giliran. No. giliran aku adalah 0209. sekarang ni baru gilirang ke 0205 bagi clinic Dr. Fairuz Asyikin. Walaupun angka itu x dela banyak sangat namun, bagi seorang pesakit sahaja mengambil mase selama lebih kurang 30mins.. Jadi aku perlu la menunggu sehingga jam 1130 pagi. Bila tiba sahaja giliranku, Dr. Jumeah bertanya padaku " Adakah ini bayi pertamaku?", "Ade masalah kesihatan atau pernah melakukan operation?". Selapas itu menyuruh aku baring di atas katil untuk memeriksa keadaan bayiku.. alhamdulillah, baby ku dalam kedudukan yang baik.. Sambil doktor memeriksa, aku mengambil kesempatan untuk melihat muka baby ku..Ya Allah rase terharu sangat dapat melihat keindahan yang Allah jadikan di dalam perutku ini. Aku menyuruh Dr. print 1 gambar untuk di jadikan kenangan :)
Setelah selesai, aku pergi ke PKNS untuk membeli baby cot yang telah lame aku survey.. keesokan harinya mereka akan hantarkan ke rumahku. Kemudian, aku pulang ke rumah kasi chance suamiku tidur pulak..heee. Kesian my dear..
Dalam pukul 5 pm aku pergi ke Ikea bersama tak lain tak bukan, suamiku dan juga adikku aina.. Sampai sahaja ikea, tempat pertama yang aku tuju adalah ikea food stall..ape lagi meatballs and spaghetti ler..hehe.. nyum nyum.. Then beli roller untuk curtain dalam bilik baby. Tak lame pon kat ikea, sebab da janji sama Ejun & Diana kat Sunway Pyramid (SP). Janji pukul 6pm tapi time tu da agak lewat sebab jalan jammed. Pukul 730 baru sampai SP. Sian diorang tunggu aku lame..huhu..sorry ye u all..sorry sangat.


Bile tengok je ejun n diana kat Carls Junior restaurant, rase happy sangat..maklum la da lame tak jumpe.. last day jumpe mase kawen aritu.. borak punye borak, da sampai pukul 930. Jadi aku ambil keputusan untuk pulang kerana aku perlu berjumpe sama rakanku yang lain pula..
Setibanya di shah alam, aku menghantar adikku pulang dahulu kemudian baru pergi ke Pelita. Mereka semua telah berada di meja makan, Puspa, Sue, Hana, Garang dan juga Fadhli (Bf Puspa) hee.. Mule2 aku rase letih sangat..sehari suntuk aku berjalan..kaki aku da naik sakit..huhu.. Tapi bile tengok jer diorang, rase x nak balik la pulak..ehehee.. Seronok sangat dapat jumpe mereka semua.. macam2 kami bualkan. Puspa, Sue n Hana pegang perutku yang besar nie...haha..mereka dapat rase baby sedang bergerak2..heee :) (Puspa, nak nangis..huhuh..) Garang seperti biase, tak abis2 dengan rokok yang senantiase di tangan.. (ish..kau ni..x elok smoke tau..kene jage kesihatan..heee..)
Tepat jam 12 malam, suamiku ajakku pulang.. sebelum tu aku salam sama garang.. Aku berkata pada garang:
Aku: "Nanti baby lahir jangan lupe sediakan hadiah best2 untuk ank aku ok..hehe".
Tapi nak tau ape jawab garang????..
Garang: "Kau nak ape?"
Aku: Lalu aku menjawab dengan nada bergurau.. "Aku nak stroller.."
Garang: "Ok nanti aku belikan untuk kau.."
Aku: Aku macam x percaye.. "Betul ke ni garang????, aku nak beli stroller kalo x.."
Garang: " Ko jangan beli..biar aku belikan..", "Kat mane nak beli ha???"
Aku: Aku pon dengan slumbernya berkata "Kat belakang McD ni ade kedai baby..nak stroller yang 3 tyres tu..colour biru..huhu".
Garang: "Ok..Nanti aku beli". Garang membalas dengan senyuman yang lembut..haha.
Macam x percaye pulak aku..garang begitu baik, x seperti hari2 biase..yang slalu garang ala ala bengonh..haha. By the way.. thanks garang :)
Hari pon da jauh malam.. aku membersihkan diri lalu tidur.. Huh, nikmatnye dapat baring di atas katil..Dari tadi pinggangku rase sakit..dapat baring juge akhirnya..hehe..
*** To all my Friends, thanks u so much coz spent time with me.. Nanti kite jumpe lagi ok kawan2 :*

0 comments:
Post a Comment